Program Pungutan Derma Untuk Mangsa Kekejaman Israel

|

Program Kutipan Tabung GAZA, Selamatkan Palestin adalah julung2 kalinya diadakan di kawasan Cherating ini yg berlokasi di Restoran D'Cherating yg menjadi tumpuan masyarakat setempat serta tempat persinggahan bas ekspress. Antara NGO yg terlibat adalah Komuniti 1 Malaysia Cherating, Perkasa Pahang, J/Kuasa Masjid Kg Cherating,Gerakan Belia 4B Cherating,Gerakan Belia 4B Sg KarangPantai ,Persatuan Belia DesaRhu,RELA mukim sg karang,JKKK Cherating dan KRT Cerating Damai.

Menurut Ketua Penerangan Perkasa Pahang, Muhammad Faiz Hashim program seumpama ini wajar diteruskan dari masa ke semasa kerana Rakyat Palestin memerlukan sokongan dan bantuan kita secara berterusan atas dasar persaudaraan sesama Islam. Sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara. Selain itu, program seperti ini dapat nenginsafkan diri kita betapa besarnya kenikmatan hidup di sebuah negara yg aman
damai seperti Malaysia yg tercinta ini. Kita tak mampu mengangkat senjata utk  melawan Israel, tetapi senjata utama umat Islam adalah berdoa pada Allah swt dan memberi sumbangan seikhlasnya kepada saudara seislam kita di Palestin.

Pengerusi Pengelola Program yang juga Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Cherating Wan Mohamad b Wan Yusof pula berkata ribuan terima kasih kpd semua ngo yg hadir dimana kprihatinan semua menunjukkan sikap rakyat Malaysia yg begitu mengambil berat sesama insan...kutipan datang dari berbagai pihak seperti pengusaha chalet,kedai makan dan penumpang bas dimana hari ini majlis ini dibuat khas di hentian bas dimana turut mendapat sumbangan dari penumpang bas.

Imam Hj Mustapha b Yusof....beliau mewakili Imam dan Pegawai Masjid Cherating terpanggil utk bersama menolong sesama agama dalam menegakkan syiar Islam yg mana kita lihat hari ini kota suci Islam di Palestin diceroboh dan merasa amat kesal dengan kezaliman pihak Israel.

Pengerusi Belia 4B Cherating,  Ahmad Nizam Bin Abdul Ghani...program hari ini antara lain ingin memupuk sifat menderma di kalangan belia yg mana kita lihat hari ini golongan belia semakin terpinggir dari sifat kemanusiaan yg mana kebanyakkannya terlibat dengan gejala x bermoral...Gerakan Belia 4B Cherating hari ini mengecam tindakan zionis.

Program diakhiri dengan acara kemuncak dgn membakar bendera Israel sebagai simbolik tanda kebencian kepada kezaliman Israel terhadap Palestin.

5 comments:

Unknown said...

terima kasih kepada semua yg hadir bagi menjayakan program murni ini

Anonymous said...

Hidup palestin! Hancur Israel!

Mohd Khairil Ismail (MKI) said...

Semoga program seperti dapat di teruskan walaupun kecil tetapi jika berterusan kita dapat membantu saudara kita di sana

Mohd Khairil Ismail (MKI) said...

Semoga program seperti dapat di teruskan walaupun kecil tetapi jika berterusan kita dapat membantu saudara kita di sana

Anonymous said...

Hebat pemimpin2 muda. Teruskan perjuangan!! Allahuakbar