Program Pungutan Derma Untuk Mangsa Kekejaman Israel

| | 5 comments »

Program Kutipan Tabung GAZA, Selamatkan Palestin adalah julung2 kalinya diadakan di kawasan Cherating ini yg berlokasi di Restoran D'Cherating yg menjadi tumpuan masyarakat setempat serta tempat persinggahan bas ekspress. Antara NGO yg terlibat adalah Komuniti 1 Malaysia Cherating, Perkasa Pahang, J/Kuasa Masjid Kg Cherating,Gerakan Belia 4B Cherating,Gerakan Belia 4B Sg KarangPantai ,Persatuan Belia DesaRhu,RELA mukim sg karang,JKKK Cherating dan KRT Cerating Damai.

Menurut Ketua Penerangan Perkasa Pahang, Muhammad Faiz Hashim program seumpama ini wajar diteruskan dari masa ke semasa kerana Rakyat Palestin memerlukan sokongan dan bantuan kita secara berterusan atas dasar persaudaraan sesama Islam. Sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara. Selain itu, program seperti ini dapat nenginsafkan diri kita betapa besarnya kenikmatan hidup di sebuah negara yg aman
damai seperti Malaysia yg tercinta ini. Kita tak mampu mengangkat senjata utk  melawan Israel, tetapi senjata utama umat Islam adalah berdoa pada Allah swt dan memberi sumbangan seikhlasnya kepada saudara seislam kita di Palestin.

Pengerusi Pengelola Program yang juga Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Cherating Wan Mohamad b Wan Yusof pula berkata ribuan terima kasih kpd semua ngo yg hadir dimana kprihatinan semua menunjukkan sikap rakyat Malaysia yg begitu mengambil berat sesama insan...kutipan datang dari berbagai pihak seperti pengusaha chalet,kedai makan dan penumpang bas dimana hari ini majlis ini dibuat khas di hentian bas dimana turut mendapat sumbangan dari penumpang bas.

Imam Hj Mustapha b Yusof....beliau mewakili Imam dan Pegawai Masjid Cherating terpanggil utk bersama menolong sesama agama dalam menegakkan syiar Islam yg mana kita lihat hari ini kota suci Islam di Palestin diceroboh dan merasa amat kesal dengan kezaliman pihak Israel.

Pengerusi Belia 4B Cherating,  Ahmad Nizam Bin Abdul Ghani...program hari ini antara lain ingin memupuk sifat menderma di kalangan belia yg mana kita lihat hari ini golongan belia semakin terpinggir dari sifat kemanusiaan yg mana kebanyakkannya terlibat dengan gejala x bermoral...Gerakan Belia 4B Cherating hari ini mengecam tindakan zionis.

Program diakhiri dengan acara kemuncak dgn membakar bendera Israel sebagai simbolik tanda kebencian kepada kezaliman Israel terhadap Palestin.

Orang Sedang Dalam Banjir... Dia sibuk nak bepidato

| | 0 comments »

Dalam suasana banjir dan  setiap mangsa memerlukan bantuan ada lagi puak di kawasan Indera Mahkota ni datang nak berpidato kononnya nak bantu rakyat... datanglah dengan bantuan, buang lah seketika perbezaan politik... ini datang nak berpidato nak becerita benda tak betul pada rakyat...

Datang pulak untuk berpidato untuk sambut ambang tahun baru 2013... bukankah kita Islam tidak di galakkan untuk menyambutnya.... Takkan PARTI yang fanatik mereka meletakkan parti Islam ni sambut tahun baru 2013? Atau benar kata orang parti ini selalu kudakan dalam Pakatan?

Hem harap rakyat di Indera Mahkota ini dapat menilai .....

Amanat Hj Hadi Awang dan PERKASA

| | 3 comments »

Kenyataan Media Perkasa Pahang berhubung Amanat Hj Hadi yang mengkafirkan sesama muslim

Perkasa Pahang hari ini menggesa Hj Hadi supaya segera bertaubat serta mendesak menarik balik Amanat Sesat yang mengkafirkan sesama muslim Demi Aqidah & Ukhwah Umat Melayu-Islam yg telah dilakukan beliau di Banggol Paradong, Manir pada 7 April 1981

Kesan Amanat Hj. Hadi Awang:-

1) Perpecahan sesama umat Islam
2) Mengkafirkan sesama muslim
3) Mengkafirkan sedara mara dan keluarga
4) Sembahyang dua imam
5) Mengharamkan sembelihan oleh org UMNO
6) Tidak sah pernikahan oleh org UMNO
7) Suami Isteri Bercerai berai

Sepatutnya Hj Hadi seorang pemimpin tertinggi PAS yg kononnya memperjuangkan Islam menentang segala bentuk ancaman kepada kepentingan agama Islam sebagai agama persekutuan contoh dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian, Bibble yg dicetak dalam bahasa melayu, tuntutan hak kebebasan beragama oleh Melayu Islam, larangan azan, permainkan hadis oleh pemimpin bukan Islam, isu mencemar kesucian masjid, gerakan memurtadkan org melayu Islam seperti kejadian di DUMC dan pelbagai bentuk gerakan2 halus serta ancaman kepada agama Islam bukannya dengan mengkafirkan sesama muslim. Kepentingan Agama Islam perlu diletakkan lebih tinggi daripada kepentingan politik malah melebihi segalanya. Sepatutnya UMNO dan PAS duduk semeja mencari titik persamaan dalam menjaga kepentingan Islam dan bangsa bukannya mencari titik perbezaan yg menyerlahkan lagi permusuhan, kebencian dan fitnah yg semakin berleluasa.

Sehubungan dengan itu Perkasa Pahang akan mengedarkan risalah diseluruh Pahang bagi menggesa Hj Hadi supaya bertaubat dan mendesak supaya Hj Hadi menarik balik amanat mengkafirkan sesama muslim yg pernah beliau keluarkan sebelum ini. Bertaubatlah Hj Hadi dan tarik balik amanat Demi Kebaikan Islam, Demi Aqidah & Demi Ukhwah sesama Ummah di Malaysia. Satukan Ummah lambang kekuatan Islam di Malaysia.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang