Amanat Hj Hadi Awang dan PERKASA

|

Kenyataan Media Perkasa Pahang berhubung Amanat Hj Hadi yang mengkafirkan sesama muslim

Perkasa Pahang hari ini menggesa Hj Hadi supaya segera bertaubat serta mendesak menarik balik Amanat Sesat yang mengkafirkan sesama muslim Demi Aqidah & Ukhwah Umat Melayu-Islam yg telah dilakukan beliau di Banggol Paradong, Manir pada 7 April 1981

Kesan Amanat Hj. Hadi Awang:-

1) Perpecahan sesama umat Islam
2) Mengkafirkan sesama muslim
3) Mengkafirkan sedara mara dan keluarga
4) Sembahyang dua imam
5) Mengharamkan sembelihan oleh org UMNO
6) Tidak sah pernikahan oleh org UMNO
7) Suami Isteri Bercerai berai

Sepatutnya Hj Hadi seorang pemimpin tertinggi PAS yg kononnya memperjuangkan Islam menentang segala bentuk ancaman kepada kepentingan agama Islam sebagai agama persekutuan contoh dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian, Bibble yg dicetak dalam bahasa melayu, tuntutan hak kebebasan beragama oleh Melayu Islam, larangan azan, permainkan hadis oleh pemimpin bukan Islam, isu mencemar kesucian masjid, gerakan memurtadkan org melayu Islam seperti kejadian di DUMC dan pelbagai bentuk gerakan2 halus serta ancaman kepada agama Islam bukannya dengan mengkafirkan sesama muslim. Kepentingan Agama Islam perlu diletakkan lebih tinggi daripada kepentingan politik malah melebihi segalanya. Sepatutnya UMNO dan PAS duduk semeja mencari titik persamaan dalam menjaga kepentingan Islam dan bangsa bukannya mencari titik perbezaan yg menyerlahkan lagi permusuhan, kebencian dan fitnah yg semakin berleluasa.

Sehubungan dengan itu Perkasa Pahang akan mengedarkan risalah diseluruh Pahang bagi menggesa Hj Hadi supaya bertaubat dan mendesak supaya Hj Hadi menarik balik amanat mengkafirkan sesama muslim yg pernah beliau keluarkan sebelum ini. Bertaubatlah Hj Hadi dan tarik balik amanat Demi Kebaikan Islam, Demi Aqidah & Demi Ukhwah sesama Ummah di Malaysia. Satukan Ummah lambang kekuatan Islam di Malaysia.

Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Perkasa Pahang

3 comments:

Berita dari gunung said...

Sebenarnya Hadi dah tarik balik amanat 1981 beliau waktu PAS bekerjasama dengan DAP dan dia memeluk dengan penuh mesra Lim Kit Siang.

Cuma dia malu kerana ego dia tinggi, maklumlah dia Presiden PAS, orang besar.

Mungkin dia dah pohon ampun dengan Allah Taala. Cuma dengan manusia / umat melayu dia belum mohon maaf lagi.

Orang pun dah tak heran, orang pun dah tak peduli kalau dia pohon maaf sekalipun.

Dia licik....... itu sahaja ungkapan yang sesuai.

Anonymous said...

Ni lah akibatnya jika taksub pada kuasa sehingga hukum hakam dipermainkan.

Anonymous said...

Teruskan perjuangan. Anak muda semangat juangnya tinggi.