HIMPUNAN OREN BUSUKK

| | 0 comments »

Apa yang boleh kitakan lagi mengenai Perhimpunan bangang yang diadakan hari ini selain ianya hanya satu gimik Politik Si Mazlan Pemalas ni.

Hakikatnya, Si Mazlan Pemals ni sudah pun dilihat GAGAL untuk memancing undi dari kalangan warga Peneroka kerana dakwaan dia sebelum ini hanya sekadar fitnah sahaja.

Tidak ada seorang pun dari kalangan Peneroka yang termakan dengan dakyah pembohongan yang dilakukannya sebelum ini.

Malah, perjuangannya untuk membebaskan Felda Plantation juga turut menemui jalan buntu. Hakikatnya, dia sikit pun tak buat sebarang kerja rumah.

Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah nama dia pun Mazlan Pemalas. Jadi, memang la dia malas nak buat sebarang kerja termasuk la menkaji status tanah Felda Plantation tu.

Apa yang dia tau buat hanya menipu rakyat dan warga Peneroka je!!! Itu pun masih jugak tak laku, sebab semua orang tak percaya pun dengan apa yang dia cakap!!!
Perhimpunan Oren Selamatkan Felda yang diadakan pada jam 2.00 petang tadi dilihat hanya satu "gimik politik" pembangkang yang mendakwa penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke bursa saham mendapat bantahan majoriti sokongan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).


Ini ekoran berdasarkan tinjauan AntaraPos tadi, hanya kira-kira 5,000 peserta berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak menuju ke Istana Negara hari ini.



Penyertaan peserta yang meleset daripada sasaran awal sebanyak 20,000 itu sekali gus membuktikan apa yang dicanangkan oleh penganjur hanya gimik politik yang tidak berkesudahan.



Malah majoriti peserta bukannya datang daripada peneroka Felda sendiri sebaliknya daripada ahli PAS yang dipaksa oleh pemimpin parti itu sebelum ini untuk hadir ke perhimpunan tersebut.



Memorandum bantahan penyenaraian FGVH ke bursa saham tersebut berjaya dihantar kepada pihak istana.



Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menghantar memorandum tersebut kepada Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman.



Sekali gus membuktikan perhimpunan yang asalnya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kini dikepalai oleh pembangkang, Mat Sabu sendiri.



Penonjolan Mat Sabu ini membelakangkan kumpulan GSF itu sendiri yang asalnya berkobar-kobar mahu menyampaikan memorandum tersebut kepada pihak istana.



Malah dendam kesumat pemimpin pembangkang terserlah apabila Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman pula mengulangi pendirian mereka untuk meneruskan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM80 juta kerana memperlekehkan Felda.

FROM : http://semuthitam80.blogspot.com