PAS bersama LYNAS

|
Melihat kepada cara bakal calon yang bakal menggantikan YB Dun Beserah ternyata khabar angin dan telahan penyokong PAS di Dun Beserah tepat dan masih mahukan Cikgu Syed sebagai calon mereka, walaupun Cikgu Syed sekarang di lihat lebih mesra dengan penyokong UMNO.

Ada yang mengatakan bakal calon Dun Beserah PRU 13 sekarang lebih bersama penyokong DAP bagi saya sebagai orang tempatan di Dun Beserah, pendapat itu banyak kebenarannya...bakal calon PAS ini  di lihat banyak bersama cina DAP berbanding penyokong PAS. Sebagai contoh isu LYNAS.. kini tiada langsung kelibat penyokong PAS dari Dun beserah menentang LYNAS, yang ada hanya penyokong DAP, tetapi orang yang selalu ada adalah BAKAL CALON PAS DI DUN BESERAH  ini yang suka acara  menyalakan lilin...

Suka tidak suka penyokong PAS ramai yang bekerja dengan LYNAS, ada pemimpin mereka juga yang menjadi taukey besar yang mencari main power dalam LYNAS. ada kedengaran juga anak pemimpin- pemimpin PAS yang bekerja dalam LYNAS... dan tuan imam- tuan imam yang dalam PAS juga pergi dan menjadi imam dalam solat hajat dan majlis majlis agama yang di jalankan di LYNAS...

Pendapat ini mungkin biasa...... tapi sedar atau tidak PAS menyokong LYNAS.... tetapi kerana POLITIK PAS terpaksa berdiam dan berlakon membangkang LYNAS....

0 comments: