• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin
Hashim • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,
Makkah Al-Mukarramah • Nama bapa: 'Abdullah
bin 'Abdul Muttalib bin Hashim • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin
'Abdul Manaf • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu
Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) • Ibu susu pertama:
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) • Ibu susu kedua: Halimah binti
Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya
bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN • Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan
bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN • Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah
kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) • Baginda dipelihara
oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh
datuknya 'Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN • Datuknya, 'Abdul Muttalib pula
meninggal dunia. • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu
Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). •
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani
bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk
menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab
yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN • Terlibat dalam
peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman
184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15
tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan
mengumpulkan anak-anak panah sahaja. • Menyaksikan ' perjanjian
Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang
dizalimi di Mekah. USIA 25 TAHUN • Bermusafir kali kedua ke Syam atas
urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. •
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. •
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. • Mas kahwin
baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN •
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah. • Pembinaan
semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. •
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut. USIA 40 TAHUN • Menerima wahyu di gua Hira' sebagai
perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN •
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
Bakar Al-Siddiq. • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24
September 622M. USIA 63 TAHUN • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah
Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment