Berubah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia

|
APA AKAN JADI KEPADA MALAYSIA JIKA PAKATAN RAKYAT MENANG PRU 13???
Republik Malaysia??
Pernah tak anda bayangkan PRU ke 13 akan datang akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat? Dengan kata lain BN tumbang dan tidak lagi berkuasa di Malaysia. Jika Pakatan Rakyat menang, apa yang akan berlaku kepada Malaysia? Bolehkah mereka mentadbir negara ini dengan baik & memberi keadilan kepada seluruh rakyat?
Sekarang aku nak bawakan anda semua satu analisis yg aku buat secara peribadi perkara-perkara yang bakal @ mungkin berlaku kepada negara ini sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah. Jom kita lihat
Jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, Malaysia mungin akan diheret ke kancah huru-hara akibat ketidaksefahaman di kalangan pemimpin PR dalam pembentukan kabinet. Buktinya kita sudah dapat lihat sekarang. Belum lagi berkuasa, mereka sudah berbalah tentang siapa yang lebih layak jadi Timbalan Perdana Menteri. PR juga sampai kini belum mampu mengeluarkan senarai kabinet bayangan (shadow cabinet) sekiranya mereka memerintah negara.
Jika mereka asyik berbalah tentang jawatan, bila masa pula mereka dapat mentadbir negara ini. Ekonomi negara mungkin merudum, pelabur akan angkat kaki dan kehidupan rakyat semakin terhimpit. Inikah yang kita mahukan?
Jika PR berkuasa, mereka mungkin akan meminda Perlembagaan Persekutuan. Sudah pasti perkara utama yg sudah lama diidam-idamkan mereka (baca : DAP) untuk dipinda adalah semua perkara yg bersangkut-paut dengan keistimewaan Melayu-Bumiputera (Perkara 3, 152 & 153).
Jadi tiada lagi hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, Islam bukan lagi agama rasmi, bahasa kebangsaan bukan lagi Bahasa Melayu, tiada lagi peruntukan biasiswa untuk Melayu-bumiputera dan pemansuhan kuota biasiswa pendidikan untuk Melayu-bumiputera. Sekarang, semuanya berdasarkan merit. Siapa yang kaya @ kuat dialah yg akan menang dan bermacam2 lagi yg bakal aku huraikan

Saiful amri
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: