Erykahak Buduh....

| | 0 comments »
Tindakan tegas ke atas Akhbar The Star, wajar diambil kerana ini merupakan kali ke 2 akhbar ini menunjukkan sikapnya yang tidak menghormati sensitiviti agama. Sebelum ini The Star menghina Islam dengan menyiarkan Menu Masakan Babi Rahamadhan dan kali ini pula menyiarkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertattookan khalimah Allah ditubuhnya.

Mari kita sama-sama memberikan kata2 semangat dan sokongan padu kepada @DSURaisYatim yang dikecam oleh pelbagai pihak atas tindakan tegas beliau membatalkan konsert Erykah Badu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kadang kadang kita tak sedar

| | 0 comments »
‎​» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang tak pernah faham".
» Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

"Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TOLONG BACA KAWAN-KAWAN DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA BERADA.!!!!!!!!!

| | 0 comments »

TOLONG BACA KAWAN-KAWAN DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA BERADA.!!!!!!!!!


Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM

PAS minta DSAI saman Wall Street

| | 0 comments »
KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan
tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram
Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan
gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan
rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim
tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua
peradaban manusia.
Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh
dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak
penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi
bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab
yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara
haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang
sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik
antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan
dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato'
Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di
Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah
atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis
Syura Ulama menasihatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil
tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi
membersihkan nama beliau.

Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H

Sumber drpd rakan bbm : Ashwad. Sender: syedkadir@pas.org.my kpd media.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HARI KEKASIH

| | 0 comments »
Majlis Fatwa Kebangsaan pada tarikh 25 Zulkaedah 1426H | 27 Dec 2005 telah mengeluarkan fatwa seperti berikut

"Amalan merayakan hari kekasih (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur2 Kristian dan amalannya yg bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dgn akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam dilarang melibatkn diri dlm apa jua cara untuk meraikan hari tersebut." Harap peringatan diatas segera disebarkan agar kita sama2 dpt mencegah pengelibatan kalangan saudara Islam mengenainya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
| | 0 comments »

Prof Madya Asyraf Wajdi Dusuki,

Jangan pertikai Melayu----- di mana jatidiri Malaysia dia dalam rakyat Malaysia,-- di dalam jatidiri bangsa selain Melayu..

| | 0 comments »

Pernah Anuwar Cakap Bohong?????

| | 0 comments »
Hari kita orang kuantan akan dengar bekas tukang bela anuuwar dulu....
"Saudara zahid datang mahkamah pagi esok". I nak keluar nak jdi PM, undi Cina kita nak... Persetan ketuanan orang melayu..( Semasa saya jadi pemangku Ketua Pemuda Keadilan)... Anuwar bapak pembohong negara.... Petua bila anuwar cakap bohong... Bila dia bukak mulut---- bohong lah tu...

Bohong paling best.... 16 september nak jatuhkan Kerajaan---- ada dia mintak maaf kerana Bohong???? Eh betul jugak mana pernah mohon maaf????

Kementerian Antara Agama-- kalau anuwarr jadi PM----
Jab Agama Buddha, Jabatan Agama Hindu.. Khalid Gereje dok sibuk mintak peruntukan untuk agama lain....

Ingat-- Islam negara persekutuan--- Agama lain boleh di amalkan, tidak boleh di kembangkann.....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ceramah Umum Perkasa Pahang

| | 0 comments »

Ketua Penerangan Perkasa Pahang Saudara Faiz mengambil tempat menaikkan semangat orang melayu dengan meminta hadirin mendengar bait bait lirik lagu Warisan.

Benar lirik itu menyentuh pekara bahawa Melayu hanya tinggal kuasa, jika Melayu berpecah tiada apa lagi pada bangsa Melayu... Melayu bukan rasis tetapi kita tahu kita hanya ada kuasa dan Tidak mahu Ketuanan Melayu di cabar, Agama Islam di hina dan tidak akan benarkan Murtad berleluasa...

Kronologi Tragedi 13 Mei 1969

| | 0 comments »
hasil tugasan yg telah diberikan oleh pensyarah. video cincai saja tp sesuai dijadikan sbagai tontonan ilmiah kepada student. ada sikit gmbr2 18sg. 

http://www.youtube.com/watch?v=GtkDPvHyVm0&sns=fb

Berubah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia

| | 0 comments »
APA AKAN JADI KEPADA MALAYSIA JIKA PAKATAN RAKYAT MENANG PRU 13???
Republik Malaysia??
Pernah tak anda bayangkan PRU ke 13 akan datang akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat? Dengan kata lain BN tumbang dan tidak lagi berkuasa di Malaysia. Jika Pakatan Rakyat menang, apa yang akan berlaku kepada Malaysia? Bolehkah mereka mentadbir negara ini dengan baik & memberi keadilan kepada seluruh rakyat?
Sekarang aku nak bawakan anda semua satu analisis yg aku buat secara peribadi perkara-perkara yang bakal @ mungkin berlaku kepada negara ini sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah. Jom kita lihat
Jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, Malaysia mungin akan diheret ke kancah huru-hara akibat ketidaksefahaman di kalangan pemimpin PR dalam pembentukan kabinet. Buktinya kita sudah dapat lihat sekarang. Belum lagi berkuasa, mereka sudah berbalah tentang siapa yang lebih layak jadi Timbalan Perdana Menteri. PR juga sampai kini belum mampu mengeluarkan senarai kabinet bayangan (shadow cabinet) sekiranya mereka memerintah negara.
Jika mereka asyik berbalah tentang jawatan, bila masa pula mereka dapat mentadbir negara ini. Ekonomi negara mungkin merudum, pelabur akan angkat kaki dan kehidupan rakyat semakin terhimpit. Inikah yang kita mahukan?
Jika PR berkuasa, mereka mungkin akan meminda Perlembagaan Persekutuan. Sudah pasti perkara utama yg sudah lama diidam-idamkan mereka (baca : DAP) untuk dipinda adalah semua perkara yg bersangkut-paut dengan keistimewaan Melayu-Bumiputera (Perkara 3, 152 & 153).
Jadi tiada lagi hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, Islam bukan lagi agama rasmi, bahasa kebangsaan bukan lagi Bahasa Melayu, tiada lagi peruntukan biasiswa untuk Melayu-bumiputera dan pemansuhan kuota biasiswa pendidikan untuk Melayu-bumiputera. Sekarang, semuanya berdasarkan merit. Siapa yang kaya @ kuat dialah yg akan menang dan bermacam2 lagi yg bakal aku huraikan

Saiful amri
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Islam, Melayu, Raja.. Perlu di Pertahankan.

| | 2 comments »

Jemput semua yg cintakan agama, bangsa dan tanahair ke Ceramah Umum Perkasa Pahang pada:

12 Feb 2012, 8.30 malam
Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, Kuantan.

Mohon kerjasama sahabat2 utk sebarkan. Terima Kasih.

Hidup Melayu !! Hidup Islam !! Daulat Tuanku !!!

PMB Negeri Pahang Mendengar Ucapan dan kata kata semangat dari MB Pahang

| | 0 comments »

Masih lagi berada di dewan... Bakal mendengar maklumat dari Hasan Ali pada petang

Pembangkang di Negeri Pahang perlu bersedia

| | 0 comments »

Pengamal media pro kerajaan berhimpun menunjukkan komitmen jitu untuk sentiasa menangkis dan mendedahkan kebenaran

Biodata RAsullulah S.A.W

| | 0 comments »
• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah • Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN • Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia. • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah. USIA 25 TAHUN • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah. • Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN • Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M

KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG MAHUKAN UMNO DAN PAS DUDUK SEMEJA

| | 0 comments »


Tengku Mahkota Pahang dalam titah baginda mahukan umat islam tidak kita parti untuk duduk semeja berbincang penyatuan umat islam dapat di realisasikan seperti tema Maulidur Rasul 1433 “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”

Titah beginda itu telah di sambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir... ia menampakkan penyatuan Parti Islam akan di sokong oleh rakyat jelata.... Tengku Mahkota juga berharap agar rakyat sentiasa mendoakan pekara tersebut agar menjadi kenyataan.

Adakah ahli politik di Malaysia yang beragama Islam ini akan bersetuju dengan titah baginda?
Namun pekara ini adalah terbaik..... harap dapat di realisasi... AMIN...

Antara gambar yang sempat di ambil.






Tengku Mahkota sentiasa mengambil berat masaalah rakyat, walau di mana sahaja.

Tengku Puan Pahang sentiasa bersama...


SEMOGA APA YANG DI HAJATI AKAN MENJADI KENYATAAN